Bernama, 6 September 2005
Scientex Setuju Beli Tanah

SCIENTEX Incorp Bhd berkata anak syarikat 99.99 peratusnya iaitu Scientex Quatari Sdn Bhd, sudah bersetuju untuk membeli 38 hektar tanah di Johor daripada Kai Jin Development Sdn Bhd pada harga RM10.45 juta menerusi dana dalaman dan pinjaman bank.  

Syarikat berkata, pembelian tanah itu adalah sebahagian daripada strategi Scientex Quatari untuk meningkatkan simpanan tanahnya dan membeli di lokasi strategik bagi pembangunan hartanah di Johor. Tanah itu terletak berhampiran Taman Scientex.

Back To 2005 Archives