|
Berita
Harian, 28 Januari 2008
SIB ambil saham SciPack SCIENTEX Inc Bhd (SIB) sudah melaksanakan tawaran pengambilalihan sukarela bagi semua saham biasa dalam Scientex Packaging Bhd (SciPack) yang tidak dikuasainya. Dalam pengumumannya kepada Bursa Securities Bhd, SIB berkata faktor utama pelaksanaan tawaran itu ialah untuk menggabungkan perniagaan SIB dan SciPack di bawah satu entiti senaraian tunggal. Pengarah Urusan SIB Lim Peng Jin,
berkata penggabungan itu adalah baik untuk kedua-dua syarikat
memandangkan entiti yang lebih besar itu akan lebih efektif dan
berkesan dalam semua aspek operasi termasuk perancangan aliran tunai. |